PENASIHAT SYARIAH
MYQORBAN.COM

Habib Najmuddin Bin Syed Othman al-Khared
Beliau seorang pendakwah yang mendapat pendidikan daripada ulama’-ulama’ terkenal seperti Habib Umar Bin Hafidz dari Yaman, Syeikh Atiyyah Saqar, Syeikh Ibrahim al-Kattani dan Syeikh Ali Jum’ah dari Mesir.
Beliau belajar di Maahad ar- Riyadh, Palembang pada tahun 1994 -1998 sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Al- Azhar, Damanhur Mesir dalam bidang Syariah pada tahun 1998 – 2001.
Beliau sempat berkhidmat di Internasional Education Center INTEC, UITM Shah Alam pada tahun 2006 – 2009.
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Al-Azhar dalam bidang Usul Fiqh , dan Ijazah Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam Usul Fiqh.
Terlibat dengan aktif sebagai penceramah jemputan di masjid – masjid seluruh Malaysia dan penceramah jemputan di Tv Al-Hijrah dan Radio IKIM.fm
Merupakan pembimbing Majlis Ta’lim Sawa’ Assabil yang terletak di TTDI Jaya Shah Alam, Selangor
Dilantik sebagai penasihat MYQORBAN.COM sejak ditubuhkan pada tahun 2014





